Tips Atasi Cepat Pancut



Cepat pancut sentiasa menghantui lelaki yang pertama kali melakukan hubungan seks. Ini terjadi kerana mereka terlalu bernafsu sehingga lupa untuk mengawalnya. Akhirnya mereka datang inzal lebih awal dari pasangan wanita mereka. Jika anda tidak belajar untuk mengawal situasi ini, ia pasti akan terbawa–bawa sepanjang hidup anda.

Cepat pancut akan memberi perasaan kecewa kepada diri anda dan juga pada pasangan anda. Untuk elakkan ia dari menghantui diri anda, berikut adalah beberapa cara untuk atasi masalah cepat pancut.

Tips pertama: Perlahan– lahan.

Hubungan seks yang baik adalah hubungan yang di lakukan dengan penuh perasaan  kasih sayang. Jika anda gelojoh atau terlalu pantas, tiada perasaan kasih sayang akan terhasil ketika hubungan seks di lakukan. Akibatnya, anda akan cepat pancut kerana terlalu ingin cepat menghabiskan hubungan seks tersebut.

Tips kedua: Tenang

Tidak perlu tergesa–gesa atau berperasaan kelam kabut ketika melakukan hubungan seks. Jika anda tergesa–gesa anda pasti akan cepat pancut. Buang segala tekanan dan lakukan hubungan dengan perasaan tenang. Jangan tertekan, sebaliknya berikan yang terbaik ketika melakukan hubungan seks.

Tip ketiga : Kawal pernafasan.

Jangan bernafas terlalu laju. Sebaliknya bernafas secara relaks dan secara tidak langsung anda akan lebih tenang ketika melakukan hubungan seks. Jangan biarkan nafsu mengawal nafas anda. Kawal pernafasan secara sedar. Ketika mendayung, bernafas sekata dengan dayungan supaya gerakan anda lebih padu dan bertenaga. Jika nafas anda kelam kabut, anda pasti akan rasa tertekan dan akan alami cepat pancut.

Ketiga–tiga tips di atas pasti boleh membantu anda untuk lebih menikmati hubungan seks tanpa mengalami ejakulasi pramatang. Betulkan mindset anda bahawa seks untuk di nikmati dengan tenang.


Untuk teknik mengatasi ejakulasi pramatang yang lebih 'advance' download ebook bagaimana untuk bertahan lama dalam hubungan seks bersama isteri di website lambat pancut.





Tujuh Penyebab Masalah Cepat Pancut



Tujuh Penyebab Masalah Cepat Pancut

Masalah cepat pancut antara gejala yang paling di takuti oleh lelaki. Sebagai panduan untuk anda, berikut adalah tujuh sebab kenapa masalah cepat pancut terjadi.

1.Keyakinan yang rendah

Keyakinan rendah suami untuk puaskan isterinya akan jadi penyebab dia alami masalah cepat pancut. Ini kerana dia akan ragu–ragu dalam tindakan dia untuk merangsang isterinya. Ragu–ragu hanya akan merosakkan hubungan seks.

2.Zakar yang terlalu sensitif

Kepala zakar yang terlalu sensitif terhadap rangsangan juga akan jadi penyebab kepada masalah cepat pancut.

3.Tidak pandai bersetubuh

Lelaki yang tiada ilmu yang cukup untuk melakukan persetubuhan pasti akan alami masalah cepat pancut. Ini kerana, mereka  hanya ikut nafsu mereka sahaja tanpa memikirkan pasangan.

4.Kurangnya ilmu mengenai organ seksual  wanita

Bagi lelaki yang terlalu fokus pada dua organ seksual utama wanita iaitu payudara dan vagina, mereka akan tewas awal kerana mereka rasakan sudah cukup untuk rangsang isteri mereka melalui rangsangan pada dua organ ini. Padahal organ seksual wanita adalah seluruh badan termasuklah pemikiran. Anda perlu rangsang semuanya untuk beri kepuasan pada isteri supaya dia datang inzal.

5.Tertekan

Perasaan tertekan menyebabkan anda ingin cepat tamatkan hubungan seks. Hasilnya, anda  akan datang inzal lebih cepat dari isteri.

6.Tidak cukup terangsang

Mereka yang terangsang secara fizikal dan emosi akan sabar untuk menikmati hubungan seks.

7.Marah

Perasaan marah pada pasangan akan menyebabkan anda terleka dari mengatur rangsangan yang sepatutnya.

Jika anda dapat elak dari tujuh penyebab di atas, anda pasti tidak akan alami masalah cepat pancut.

Ada satu lagi teknik 'hebat bagimana anda bole elak dari masalah cepat pancut. Anda boleh download secara percuma di website lambat pancut.




3 Cara Elak Ejakulasi Pramatang



Jika anda selalu mengalami ejakulasi pramatang ketika melakukan hubungan seks, anda jangan bersedih atau risau kerana ada jalan penyelesaian untuk anda. Ejakulasi pramatang terjadi bukanlah terjadi kerana anda tidak ada tenaga batin yang tinggi. Ia terjadi kerana anda kurang ilmu untuk mengatasinya. Berikut saya tunjukkan anda tiga cara untuk hentikan situasi ejakulasi pramatang yang menganggu anda.

Cara pertama: Kawal nafsu yang membuak–buak.

Anda mengalami ejakulasi pramatang kerana anda terlalu fokus untuk keluarkan air mani anda berbanding menikmat hubungan seks. Jadi, apabila anda mengadakan hubungan seks dengan isteri, anda fokus untuk puaskan pasangan anda. Melalui ini, anda boleh alihkan perhatian minda anda untuk alami orgasm sahaja.

Apabila nafsu anda tidak lagi terkawal dan isteri anda pula belum datang inzalnya, anda tarik zakar anda dahulu dan tahan ia dari mengeluarkan air mani. Sambil itu, anda teruskan rangasangan terhadap isteri anda. Apabila anda sudah boleh kawal, anda masukkan kembali zakar dan teruskan dayungan.

Cara kedua: Tenang dan relaks.

Jangan terlalu gelojoh dan gelabah ketika melakukan hubungan seks. Tenangkan diri dan nikmati hubungan seks yang anda sedang jalani itu dengan sebaik–baiknya. Terapkan perasaan cinta dan sayang pada isteri anda  pada setiap sentuhan dan ciuman yang anda lakukan. Apabila anda tenang, anda pasti tidak akan alami ejakulasi pramatang.

Cara ketiga: Mengaku kelemahan diri.

Anda perlu akui anda ada masalah untuk kawal ejakulasi. Dari pengakuan ini, minda anda akan lebih terbuka untuk menerima ilmu dari luar. Jadi, anda boleh belajar elakkan ejakulasi pramatang dengan lebih santai dan tenang.

Untuk teknik mengatasi ejakulasi pramatang yang lebih 'advance' download ebook bagaimana untuk bertahan lama dalam hubungan seks bersama isteri di website lambat pancut.





Empat cara untuk kekalkan tarikan seksual antara suami isteri.


Jika hilang tarikan seksual antara suami isteri, hilanglah seri rumah tangga kerana tiada lagi tarikan antara satu sama lain. Untuk elakkan perkara ini dari berlaku, anda boleh amalkan enam cara berikut untuk kekalkan tarikan seksual antara satu sama lain.

Cara pertama : Bersenam.

Apabila anda selalu bersenam, badan anda akan jadi lebih sihat dan minda anda juga akan sentiasa cerdas. Jadi, mood anda untuk seks sentiasa ada kerana anda sentiasa dahagakan sensasi dari hubungan seks. Ini kerana akibat dari bersenam, prestasi anda di ranjang juga hebat dan anda akan ketagih padanya.

Cara kedua : Sentiasa fokus untuk puaskan pasangan anda.

Semasa bersetubuh, anda fokus untuk puaskan pasangan anda atas dasar cinta. Jadi, hubungan anda akan lebih nikmat dan tarikan seksual sentiasa ada.

Cara ketiga : Jaga penampilan diri supaya sentiasa tampil seksi pada pasangan anda.

Ketika di rumah, anda pakailah pakaian yang boleh merangsang pasangan anda. Jika di luar rumah pula, jagalah penampilan supaya pasangan anda sentiasa suka dengan anda. Biasanya pandangan mata akan turun ke hati dan akhirnya persaan ingin berseksual itu sentiasa ada pada pasangan masing – masing.

Cara keempat : Jangan anggap diri tua.

Sentiasa anggap diri anda muda untuk melakukan hubungan seks. Ada di kalangan pasangan yang hilang tarikan seksual antara satu sama lain kerana mereka rasa mereka sudah tua untuk melakukan hubungan seks. Seks tidak terhad pada umur, anda boleh lakukannya pada bila – bila masa anda suka. 



Apa yang isteri anda mahukan dari anda sebagai suaminya ketika melakukan hubungan seks.




Untuk menjadikan hubungan seks antara anda dan isteri lebih baik dan bernafsu, anda perlu tahu apa isteri anda mahukan. Apabila anda tahu apa yang isteri anda inginkan, anda boleh goda dia menerusi maklumat yang anda ada. Berikut adalah beberapa perkara yang isteri mahukan dari anda sebagai suaminya ketika melakukan hubungan seks.

Perkara pertama : Isteri mahu anda jadi seorang jantan yang sebenar.

Di atas katil, isteri mahu bersama dengan jantan sebenar di mana dia akan tertarik secara seksual. Oleh itu, anda perlu pandai untuk menguasai perasaan isteri anda. Layani isteri anda dengan penuh rasa cinta dan lakukan seks seolah – oleh ingin memberi sesuatu yang berharga pada dia.

Perkara kedua : Mahukan keyakinan .

Perkara kedua yang isteri anda mahu dari anda adalah keyakinan untuk mengadakan hubungan seks. Untuk dapatkan keyakinan, anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Jadi, anda belajar apa yang perlu dan ketika berhubungan seks, lakukannya dengan yakin. Anda perlu yakin ketika ingin menyentuh dan memberi arahan kepada isteri anda. Selain itu, rangsangan yang di beri kepada isteri anda perlulah konsisten, barulah dia akan cepat datang orgasm.

Dua perkara di atas adalah dua perkara utama yang isteri anda mahu daripada anda. Tiada guna anda melepaskan nafsu tetapi isteri anda tidak rasa apa – apa dari anda. Jadilah lelaki sebenar dan berikan apa yang isteri anda mahu.



10 tip untuk menikmati hubungan seks yang hebat.



Jika anda selalu alami hubungan seks yang suram atau inginkan sesuatu yang baru dalam dunia seks anda, anda boleh cuba tip di bawah untuk mengubahnya.

1. Sentiasa berbuat baik pada pasangan anda, beri ruang untuk anda berdua lebih menikmati hubungan seks. Marah akan menghasilkan perasaan benci di mana ia akan merosakkan hubungan seks anda berdua.

2. Sentiasa saling menggoda menggunakan sms. Tidak salah anda sebagai suami isteri untuk saling menggoda supaya anda berdua lebih terangsanga antara satu sama lain. Apabila bertemu, lunaskan semua perasaan yang terpendam dengan pasangan anda.

3. Tutup semua gangguan luar seperti tv, radio dan sebagainya kerana gangguan seperti ini akan menganggu anda dari semasa ke semasa . Tanpa gangguan, anda akan lebih fokus apabila bersama dengan pasangan anda.

4. Pasang muzik yang romantik untuk menyemarakkan lagi hubungan cinta anda berdua. Muzik yang romantik boleh merangsang anda berdua untuk lebih hayati hubungan seks.

5. Jangan terlalu serius ketika melakukan hubungan seks. Seks adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Jangan takut untuk mencuba perkara baru. Tambahan lagi jika perkara tersebut boleh memuaskan anda berdua.

6. Sentiasa rangsang pasangan anda sehingga mereka bersedia untuk lakukan hubungan seks. Jika zakar suami tidak cukup tegang, jangan mulakan persetubuhan. Begitu juga jika isteri tidak cukup terangsang, jangan mulakan persetubuhan.

7. Sentiasa cuba posisi baru dari semasa ke semasa. Pertukaran posisi baru akan memberi sensasi yang berlainan.

8. Keluarkan suara seperti arahan, kata – kata rangsangan dan kata – kata lucah boleh menjadikan hubungan seks anda berdua lebih nikmat.

9. Jangan hanya ingin sedapkan nafsu anda sahaja. Sebaliknya anda fokus untuk puaskan pasangan anda dahulu, kemudian barulah diri anda.

10. Sentiasa ucapkan perkataan terima kasih setiap kali anda habis lakukan hubungan seks. Perkataan terima kasih boleh memberi semangat pada pasangan anda untuk adakan lagi hubungan seks dengan anda.

Sekian untuk tip kali ini. Jika suka tip ini? Jadi, jangan lupa amalkan :)



Tip untuk perkahwinan bahagia




1. Sentiasa ingat kewujudan pasangan anda. Jangan putuskan sesuatu keputusan tanpa merujuk pada pasangan anda. Apa sahaja yang anda lakukan, pasangan anda perlu tahu kerana dia memang berhak tahu.

2. Sentiasa tunjukkan pada pasangan anda yang anda sangat mencintai dirinya. Jangan pendamkan perasaan cinta kerana perbuatan anda itu adalah tidak adil. Anda perlu ambil kira perasaan pasangan anda. Perkahwinan akan lebih bahagia jika masing – masing tunjukkan rasa cinta pada satu sama lain.

3. Sentiasa hargai pasangan anda. Jangan kedekut untuk ucap terima kasih atau berikan pasangan anda hadiah kerana menjadi pasangan yang baik.

4. Sentiasa hormat pasangan anda dan jangan sesekali melukakan hatinya. Apabila anda hormat pasangan anda, anda boleh kawal diri anda dari melakukan perkara yang boleh beri kesan pada kebahagiaan rumah tangga anda.

5. Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan anda . Ambil masa untuk luahkan apa yang anda rasa pada pasangan anda. Komunikasi akan membuatkan anda dan pasangan anda menjadi lebih faham antara satu sama lain.

6. Apabila masalah muncul, anda jangan marah. Sebaliknya anda terus bincang bagaimana hendak selesaikan masalah tersebut. Lagi cepat masalah selesai, lagi cepat anda akan rasa bahagia.

7. Jangan selalu merungut dan berleter. Terima kelemahan pasangan anda seadanya sepertimana dia terima kelemahan diri anda. Sentiasa bersikap terbuka terhadap pasangan anda terima dia seadanya.

8. Amalkan sikap percaya terhadap pasangan anda. Anda perlu tunjukkan yang anda sangat percaya pada pasangan anda. Apabila anda tunjukkan rasa yakin terhadap pasangan anda, pasangan anda akan rasa lebih yakin untuk mencintai diri anda.

9. Perbaharui cara anda melakukan hubungan seks dari semasa – semasa. Sentiasa cari jalan baru untuk memuaskan pasangan anda.

10. Sentiasa bersikap romantik terhadap pasangan anda.