Jika hilang tarikan seksual antara suami isteri, hilanglah seri rumah tangga kerana tiada lagi tarikan antara satu sama lain. Untuk elakkan perkara ini dari berlaku, anda boleh amalkan enam cara berikut untuk kekalkan tarikan seksual antara satu sama lain.
Cara pertama : Bersenam.
Apabila anda selalu bersenam, badan anda akan jadi lebih sihat dan minda anda juga akan sentiasa cerdas. Jadi, mood anda untuk seks sentiasa ada kerana anda sentiasa dahagakan sensasi dari hubungan seks. Ini kerana akibat dari bersenam, prestasi anda di ranjang juga hebat dan anda akan ketagih padanya.
Cara kedua : Sentiasa fokus untuk puaskan pasangan anda.
Semasa bersetubuh, anda fokus untuk puaskan pasangan anda atas dasar cinta. Jadi, hubungan anda akan lebih nikmat dan tarikan seksual sentiasa ada.
Cara ketiga : Jaga penampilan diri supaya sentiasa tampil seksi pada pasangan anda.
Ketika di rumah, pakailah pakaian yang boleh merangsang pasangan anda. Jika di luar rumah pula, jagalah penampilan supaya pasangan anda sentiasa suka dengan anda. Biasanya pandangan mata akan turun ke hati dan akhirnya persaan ingin berseksual itu sentiasa ada pada pasangan masing – masing.
Cara keempat : Jangan anggap diri tua.
Sentiasa anggap diri anda muda untuk melakukan hubungan seks. Ada di kalangan pasangan yang hilang tarikan seksual antara satu sama lain kerana mereka rasa mereka sudah tua untuk melakukan hubungan seks. Seks tidak terhad pada umur, anda boleh lakukannya pada bila – bila masa anda suka.