Enam tip untuk berkomunikasi dalam rumah tangga.




Komunikasi antara pasangan suami dan isteri adalah nadi utama kepada kestabilan rumah tangga. Berikut ada enam tip untuk komunikasi dalam perkahwinan.

Tip pertama : Jangan diam.

Anda jangan suka berdiam diri. Perbuatan suka memendam rasa atau menyimpan rasa akan menyebabkan anda akan lebih jauh dari pasangan anda.  Untuk wujudkan suasana komunikasi yang baik antara anda dan pasangan anda, anda perlu bercakap dan bersuara. Jika anda diam, pasangan anda tidak tahu apa yang terbuku dalam hati anda. Jangan takut untuk berdebat kerana perdebatan antara suami dan isteri tidak ada pemenang, yang ada hanyalah keputusan bagi masalah yang di perdebatkan.

Tip kedua : Elakkan salah faham.

Biar anda di marah kerana bertanya banyak kali dari anda tersalah faham apa yang pasangan anda ingin sampaikan. Selain itu, anda juga perlu sampaikan dengan jelas pada pasangan anda supaya salah faham dapat di elakkan.

Tip ketiga : Jangan bangkitkan kemarahan.

Apabila perdebatan atau perbualan antara anda dan pasangan anda mula menimbulkan bibit – bibit kemarahan, anda berhenti dahulu dari berbual. Biarkan keadaan reda, barulah anda berdua sambung berbual. Jika anda cuba berkomunikasi dengan keadaan marah, anda akan hilang daya fokus dan pergaduhan mungkint terjadi.


Tip keempat ; Sentiasa menegur pasangan anda.

Untuk tambahkan kemesraan antara anda dan pasangan anda, sentiasalah menegur dia. Apabila anda selalu menegur dia, anda akan rasa senang untuk berkomunikasi dengan dia.

Tip kelima : Bertolak ansur.

Anda tidak boleh memaksa pasangan anda untuk setuju dengan anda. Anda dengar apa yang dia cadangkan dan gabungan idea anda dan dia. Sentiasa bersikap positif iaitu memilih idea yang terbaik.

Tip keenam : berbual seperti sahabat baik.

Anda jangan pandang pasangan anda seperti orang lain. Sebaliknya anda anggap dia sebagai sahabat baik anda dan anda sembang segalanya dengan dia termasuklah topik yang anda suka.