Bagaimana buatkan isteri anda tersenyum dan gembira?




Jika anda mahu buatkan isteri anda tersenyum gembira, anda boleh ikut tip – tip yang saya sediakan di bawah

Anda berikan hadiah pada isteri anda. Hadiah tersebut perlulah sesuatu yang memang isteri anda mahu dan sentiasa idamkan. Saya yakin selepas anda beri hadiah pada isteri anda, isteri anda akan tersenyum riang sepanjang beberapa hari.

Anda berikan isteri anda kepuasan dari segi seksual. Jika selama ini permainan seksual anda agak muram atau merudum, anda cari jalan dan belajar bagaimana hendak menghangatkan suasana. Apabila isteri anda puas dari segi seksual, dia pasti akan rasa bahagia dan tersenyum riang sahaja sepanjang hari.

Anda balik awal dari kerja dan anda kemaskan rumah atau pada hujung minggu anda suruh isteri anda rehat dan anda sendiri yang buat semua kerja rumah termasuk memasak. Kadang – kadang isteri anda perlukan rehat dan biarkan dia rehat. Apabila dia sudah rehat, dia pasti akan rasa tenang dan kembali tersenyum riang.

Anda bawa isteri anda keluar membeli belah dan anda gunakan sebahagian pendapatan  anda untuk belanja isteri anda. Kehidupan akan jadi bosan jika anda asyik lakukan rutin yang sama sahaja pada setiap hari. Anda perlu ubah rutin harian anda dan bawa keluar isteri anda berjalan – jalan di luar.

Anda bawa isteri anda ke kampungnya . Apabila dia bertemu dengan ahli keluarganya terutama ibu bapanya, dia akan rasa tenang dan pasti akan sentiasa tersenyum riang.
Anda layan isteri anda dengan rasa cinta dan hormat pada setiap hari. Sentiasa ucapkan kata – kata cinta pada isteri anda.

Goda isteri anda secara seksual. Sentiasa raba isteri anda dan goda dia seperti anak muda sedang bercinta. Wanita sebenarnya sangat suka di goda secara seksual. Lagi – lagi lelaki yang menggoda itu adalah suaminya.

Semoga tujuh tip di atas dapat membantu anda untuk buatkan isteri anda sentiasa tersenyum riang.





0 comments:

Post a Comment