Apakah Seks Oral?



Seks oral adalah perbuatan merangsang bahagian seksual pasangan anda tanpa bersetubuh.  Contohnya isteri merangsang si suami dengan mengusap zakarnya dengan tangan atau mengulum zakar tersebut dengan mulutnya manakala lelaki merangsang bahagian vagina si isteri dengan mengusap atau menjilatnya.

Seks oral mempunya pelbagai kebaikan dan keburukan. Antara kebaikannya adalah ia boleh membuatkan fizikal dan emosi lelaki atau wanita bersedia untuk melakukan hubungan seks. Ia boleh di ibaratkan sebagai aktiviti pemanasan sebelum  melakukan aktiviti berat iaitu bersetubuh. Ramai pasangan yang melakukan oral seks sebelum bersetubuh mengakhiri hubungan mereka dengan rasa orgasme yang sangat nikmat.

Keburukan utama seks oral pula adalah ia boleh memberi penyakit pada anda. Contohnya, si isteri mengulum zakar si suami tanpa si suami membersihkan dahulu zakarnya. Oleh itu segala bakteria kotor yang ada di zakar suami anda akan masuk ke mulut isteri anda. Berbeza dengan bahagian vagina, mulut tidak mempunyai antibodi yang kuat dan penyakit senang menyerang bahagian ini.  Sama juga jika lelaki menjilat bahagian vagina si isteri yang tidak bersih, ia boleh memberi penyakit.  Namun, anda boleh elak dari risiko penyakit dengan membersihkan bahagian kelamin anda sebelum melakukan seks oral.

Seks oral juga adalah salah satu cara hendak menyeronokkan suami dan isteri ketika melakukan hubungan seks. Ini kerana seks oral memberi peluang pada pasangan untuk saling menggoda dan saling mengenali habit perlakuan seks mereka. Contohnya apabila si suami  menjilat vagina si isteri, si suami dapat tahu pada bahagian mana vagina isteri yang sensitif dan bahagian mana yang tidak sensitif. Secara tidak langsung, si suami tahu apa yang hendak di lakukan untuk memuaskan isterinya ketika bersetubuh nanti.

Seks oral tidak salah untuk anda lakukan terhadap pasangan anda. Jika anda tidak pernah mencubanya, anda boleh cubanya terhadap pasangan anda kerana ia boleh beri anda pengalaman yang hebat ketika melakukan hubungan seks. Seks oral juga memberi peluang pada anda untuk buang perasaan gemuruh dan menambahkan keyakinan untuk melakukan hubungan seks.